Hi korang!

Selalunya hari minggu kalau free korang buat apa?

Macam I, kalau tak kerja, I prefer untuk duduk rumah ja. Ye lah, 5 hari kat office dari pagi sampai petang, memang tak sempat la nak buat kerja rumah.
So semalam adalah hari cuti I. Separuh hari I jadi anak dara pemalas, separuh hari lagi I tebus dosa and jadi isteri solehah.

I bangun ja dari katil yang bermagnet tu, I terus masukkan baju dalam mesin. Sambil-sambil tu I masak untuk lunch. Sambil memasak, I kemas sekali dapur tu. I tengok lantai dia macam makin hitam. I try la nak mop, sental manja-manja memang tak jalan. At last, I simbah air satu dapur, letak air sabun sikit pastu I party lah kat dapur tu.

Lepas settle dapur, I pergi ruang tamu pulak. I try mop sikit pastu I nampak warna asal lantai tu. Oh! Putih rupanya….. I terus mop satu rumah. Seronok pulak I sental rumah tu and bila energy I dah nak habis, I tengok mop tu dah jadi warna hitam. Seramm…

Pastu I dah malas nak cuci mop tu bagi putih balik tali-tali dia tu sebab citer hindustan dah nak start kan. I pun masukkan air dalam baldi, letak sabun and rendam mop tu semalaman. Esok pagi je tengok-tengok mop tu dah putih! Seronok pulak.

 

Yelah, orang yang jarang buat kerja rumah ni, bila sekali-sekala dapat peluang do the house chores, memang layan la.

So, ni I dapat dari google. Checklist untuk masa hadapan.

Image result for house chore list

 

Have a great weekend friends!

Advertisements