My favorite MUA is muahahahaha! 😂

Okay tak kelakar 😐

Aku suka tengok MUA yang kian ramai kat Instagram sekarang ni ibarat cendawan tumbuh.

Bagi aku, MUA yang terbaik adalah MUA yang ada their own touch and signature. MUA yang bakal aku list down kat bawah ni semuanya idola aku.

Antara yang paling aku suka ialah:

1. Zukreat

Bagi aku dia ni talent dia more to arabic makeup. Pastu dia pulak lawa, tu yang aku syok dok stalk dia kat Instagram hehee. 

2. Huda Kattan

Huda ni lawa and talented. Makeup dia pun lawa and dia ni more to highlight and contouring face. Pastu eyelashes dia sentiasa on point sebab dia ni ada brand fake lashes sendiri ‘Huda Lashes’. Aku pernah nak beli untuk pakai kat client tapi harga dia mahal nak mampus so tak jadi lah kan. 

3. Nikki

Yang ni memang aku kagum. Nikki ni bagi aku dia punya touch is so magical. Makeup dia paling syok aku tengok and sangat smooth. Perfect! 
4. Sandra Saenz

Sandra ni pun mempunyai nilai artistik yang sangat tinggi. So creative and inspiring. Kalau tengok her artworks, you’ll be very impressed. Yang kurang lawa dia bagi jadi sungguh lawa.  
5. Michelle Phan

Michelle ni pun makeup dia nice2 belaka. Dia ada banyak buat tutorial kat youtube and kalau korang follow kat Youtube dia, memang ada banyak motivational and inspiring videos.   
6. Saraswati QueenofLuna

She is one of my favourite girl and aku betul2 kagum dengan bakat dia. She is very good at SFX and disney makeup. Kalau visit IG dia, memang korang akan terpesona habis.  

7. Nvdism

Atau nama dia Nadirah Ismail kalau tak silap. Yang ni pun artworks dia semua lawa-lawa and no wonder la ramai artis yang hire dia untuk makeup.  

8. Syedewa

Abang ni makeup pun lawa. Lawa-lawa gila semua orang yang dia makeup. Syok gak stalk IG dia sebab semua orang yang dia makeup cantik2.  

Tu lah antara makeup artist yang aku suka tengok dorang punya hasil karya. Memandangkan makeup ni adalah passion aku, sampaikan aku stalk IG makeup pun boleh meredakan stress aku.

Till then.

Advertisements