Perempuan kalau mula cakap bab dream wedding, mesti lelaki start tarik nafas panjang-panjang kan kan kan..hahaha..

Setiap orang ada impian dan plan masing2. Ada yang kalau boleh nak lawan ngan anak Rosmah. Ada yang kalau boleh nak simple2 saja macam aku.

Aku kalau boleh nak yang paling ringkas. Seringkas hari raya aku. Lepas balik masjid, makan ketupat pastu salin baju dan terus tidur depan tv. 

Aku lebih suka untuk buat yang sewajarnya berbanding ikut trend. Kalau boleh nak buat dekat private place yang cantik dan jemput family dan rakan2 yang paling rapat sahaja. Dua jam majlis pastu balik rehat.

  
Tapi umi tak bagi. Tu la aku sentiasa kena ada backup plan.

Umi kalau boleh nak jemput semua orang. Kawan arwah tok punya jiran punya adik beradik yang tak tahu masih hidup atau tak pun dah disenarai pendek oleh umi. 

Hari tu pernah umi plan ngan kakak2 dia baeek punya. Kenduri kawin nak buka booth ais kacang, laksa, kuih2, teh tarik dan pelbagai lagi disamping makanan katering Pak Uda. Pastu nak suruh buat majlis sekali dengan jiran2 aku supaya booth tu boleh susun start dari rumah Mak Wa sampai ke hujung rumah Ngah. Hurmm…Jangan sampai tetamu confuse kenduri kawin dengan bazar ramadhan dah la kan…

Tapi terus terang aku cakap, aku terpaksa bertegas. Sebab aku tak nak fokus aku terganggu. Bila ramai jemputan, mesti akan wujud perasaan ingin menghidangkan yang terbaik buat para tetamu. Pastu mesti kena fikir banyak perkara, semata-mata untuk memuaskan pandangan mata orang lain. 

Berdasarkan pengalaman aku, orang yang entah siapa2 yang attend kenduri orang ni jenis syok nak bagi komen. 

“Makanan dia tak berapa sedap noh..”

“Teh tarik ceroi ja pun…”

“Awat mekap pengantin tebai macam hantu cina..”

“Pelamin dia tak grand lah…”

“Pengantin sombong ja pun noh… Macam tak padan ja dia ngan bini dia tu… Bini dia gemok noh…”

“Hantaran dia dah la tak banyak, tak menarik lak tuh…”

Gi mampus!

Kita nak kawin ni bukan sebab nak bagi orang ramai puas hati dengan majlis kita. Tujuan asal jemput tetamu pun bukanlah untuk menunjuk2 tapi meminta agar tetamu mendoakan kebahagiaan kita.

Oleh kerana perangai sesetengah masyarakat kita yang pelik macam tu, aku jadi takut nak jemput orang yang aku tak rapat. 

Okay okay lari tajuk. Dream wedding aku:

  • Nikah lepas Isyak (supaya majlis tak lama hahahaha)
  • Majlis kahwin kecil-kecilan tapi berkualiti.. Jemputan 100..Jenis makanan pun 100..Supaya aku ada banyak masa untuk makan dan bergelak ketawa bersama keluarga dan sanak saudara aku. Dalam masa yang sama boleh kelolo ngan member2 sehidup semati aku. 
  • Favorite makeup artist aka best friend aku yang makeup kan aku.
  • Favorite photographer aku pun ada and sentiasa sporting nak snap gambar candid loqlaq aku.
  • Keluarga aku sentiasa dengan aku, bukan terpacak kat tepi pagar rumah sebab nak salam ngan tetamu dan bagi doorgift.
  • All my bestest cousins and friends as my bridesmaids
  • Semua wishlists tercapai.

Key point majlis aku mestilah bertemakan lots of loves, foods and candid photos!

Kadang2 terasa jugak macam nak meraikan hari melebur duit tu dengan anak2 yatim @ tahfiz. InshaAllah moga dipermudahkan.

Advertisements