Mengikut pandangan mata kasar aku la kan, perempuan ni dilahirkan unik tapi bermajoriti.

Majoriti yang pertama adalah sejenis perempuan yang suka mengemas tapi malas dan buat-buat tak tahu masak (contohnya aku lah hehe) dan sebaliknya.

Yang kedua adalah yang suka tempat cantik-cantik dan rapi terutamanya bilik tidur; nak bantal gebu-gebu, sarung bakul sampah renda-renda tetapi kereta dia macam lori bandaran (contoh terdekat, Monica aku tu) 

  
Yang ketiga adalah sejenis makhluk yang dilahirkan dengan gene suka mengunyah tapi dalam masa yang sama sentiasa rasa diri tu gemuk. Makan nasi sebutir ibarat makan lembu seekor (tediaaa peribahasa Mutie!) 

Yang keempat adalah sejenis yang mempunyai segunung pakaian dan apabila almari terbuka, maka tersemburlah baju-baju dari almari tersebut. Tapi, makhluk yang bernama wanita ni sentiasa rasa macam tak ada baju nak pakai lah… Malas nak iron lah.. Last2 ulang baju yang sama. Ada pulak sejenis yang takkan ulang baju yang sama dalam masa tiga bulan tiga puluh hari… 😅

Yang terakhir adalah sejenis perempuan yang pantang lalu depan Sephora, Watson, Guardian atau sewaktu dengannya. Pastu akan wujudlah dialog sebegini “Eh, yang ni tak ada lagi. Mesti beli mesti beli..Aku akan pakai malam2 mask ni supaya kulit licin….” Tak sampai seminggu dah pencen dan simpan mask tu elok2 dalam almari. Beberapa tahun kemudian bila buka laci nak cari barang, pastu baru teringat yang dia pernah memiliki mask yang konon2 dulu nak pakai setiap malam tu. Tapi, nasi sudah menjadi bubur apabila mask tu da expired. 😥

Macam tu la sedikit sebanyak pe’el perempuan ni. Tapi tak semuanya macam kat atas tu. Ada yang bagus2 ja yang masak kemain kalah Chef Wan. Hahaha…Ada yang kereta siap letak tong sampah sebab nak bagi kereta bersih..Ada yang jenis mesti kena iron baju walaupun material lycra sebab dia memang jenis kemas..dan ada juga yang lalu depan Sephora pastu terus jadi insaf dan buat2 tak nampak ada kedai…

Lanja gambaq hudoh satu…

  

Advertisements