Tags

, , ,

Ramai kawan-kawan yang tanya macam mana aku boleh kurus. Makan apa sampai jadi kurus? Tapi sebenarnya tak kurus mana pun. Cuma aku susut badan sikit ja. 
Kalau tengok gambar aku masa zaman mula2 nak mencecah alam baligh (macam alam barzakh lak bunyi) badan aku macam sebentuk buah-buahan yang dipanggil nangka. Sebentuk oval. 

Kalau nak tau, kaki aku ni saiz cinderella. Kaki kontot saiz 5, berat 58kg, tinggi 150++. Mana tak menapak aku berjalan. Memang tak stabil pun dan kaki aku selalu sakit2. 

Pastu zaman universiti aku pun konon2 nak bergiat aktif. Masukla Navy konon2 ada peluang untuk exercise hujung minggu. Bila masuk Navy, BDI masak sedap2 sampai berat hati kalau tak makan. Kita ni tak suka bazir2 ni. Jadi, berat pun tak turun2 dan kulit pun makin tanned lain macam.

Akhirnya, aku terjumpa kaedah awesome ini yang diberi nama diet malas-malasan.

Ada beberapa tips yang aku buat dan terbukti berkesan!

1. Kurangkan makan nasi. 

2. Banyakkan minum air putih.

3. Elakkan makan selepas jam 8 malam. Tapi kalau nak kesan yang cepat, jangan makan selepas jam 6 petang.

4. Berpuasa dan berlapar. Kalau tak rajin, makan 2x meals sehari. 

5. Sentiasa makan dalam kuantiti yang sedikit. Pastikan pinggan kita tak berbukit dengan butiran nasi.

6. Cheating day setiap weekend. 

Itulah serba sedikit yang aku ingat sepanjang proses penyusutan berat badan aku. Sekupang pun tak kena. Aku tak exercise, tak pantang makanan berminyak atau makanan proses, tak atkins, tak ada eat clean. Itu semuanya sebab aku malas. Aku rembat ja makanan apa yang ada. Syukurlah aku bukan sejenis manusia cerewet.

Testimoni gegirl aku. Eh aku ni dah berupa macam menjual produk kak ton lak dah kan? 
  
Kepada kawan2 yang tengah buntu macam mana nak turun berat badan ni, boleh la try tips diet malas-malasan missmoots ni okay! Hahaha geli. Kbye!

Advertisements