Tags

, , , ,

Hari ni, seorang gadis beriya-iya ajak ibunya ke Sentosa sebab nak format cik adik laptop. Bukannya laptop sangkut-sangkut ke apa, si gadis saja gatal nak format. Konon nak mula hidup baru. -__-

Pukul 3 petang, si gadis pun tiba di Sentosa. Lepas semput pusing-pusing Sentosa, maka si gadis pun akhirnya membuat keputusan nak hantar laptop ke sebuah kedai. Pak cik yang berusia lingkungan 50-an pun datang menyapa. Dalam hati si gadis tu berkata “Eh, berteknologi juga pak cik veteran ni. Boleh ka nak format laptop aku nih” Pemikiran negatif betul si gadis ni.

Setelah menerangkan apa yang dihajati kepada pak cik tersebut, maka si gadis ni pun berangkat pulang ke rumah. Pak cik cakap pukul 3 datang ambil laptop tu. Okayla. Boleh balik tidur sekejap.

Setelah jam menunjukan angka 3, maka si gadis pun tak sempat-sempat nak ajak ibunya pergi Sentosa. Setelah tiba di Sentosa, maka si gadis pun berlari-lari dengan memakai baju kurung ungu ke kedai tersebut. Baju kurung oooo…..

Setelah terpacak di hadapan kedai tersebut, si gadis pun terperanjat besar kerana si pak cik telah hilang. Oh-em-gee! Laptop betaaaaaaa! Si gadis mati-matian ingat si pak cik telah menyamar sebagai pekerja di kedai terbabit dan telah berjaya melarikan laptop si gadis. Hampir jatuh terduduk si gadis tersebut.

Si gadis menghampiri si pemuda yang berada dikedai tersebut lalu dia bertanyakan kepada si pemuda akan pak cik tadi. Alangkah leganya hati si gadis apabila si pemuda memberitahu si gadis yang pak cik tadi pergi solat kat bawah. Lega gila, beb!

Si gadis pun bertanya dengan gelojoh perihal laptopnya. Si pemuda pun membuat double-check dekat laptop si gadis. Si gadis terus memerhatikan perilaku si pemuda kerana si gadis agak cerewat akan isi kandungan laptopnya. “Boleh install ni…? Mampu install tu..? Perlu install ni…?” soal si gadis bertubi-tubi. Muka si pemuda seolah-olah seperti nak bagi satu pelempang maut dekat si gadis mulut banyak tersebut. Si pemuda pun menurut sahaja kehendak si gadis cerewet.

Si gadis pun duduk bertentangan dengan si pemuda sambil memerhatikan laptopnya yang kini sudah suci dari virus-virus pengganas tersebut. *blow nails* Setelah beberapa minit, si pemuda mula menyerang si gadis dengan bermacam-macam soalan. Langkah seterusnya, si pemuda mengajak si gadis duduk sembang-sembang sambil si pemuda menghabiskan kerja meng-install software.

Si gadis yang tiba-tiba rasa geli telinga terus beredar dari kedai tersebut…buat-buat nak tengok barang dekat lain…buat-buat survey harga barang. Bukan takut dengan si pemuda, tetapi si gadis cuma malas nak melayan.

Apabila si gadis perasan yang orang sekeliling memandangnya seperti rusa masuk kampung, begitu jakun sekali melihat barang-barang yang dipamerkan di kawasan berhampiran, maka si gadis pun kembali ke kedai terbabit.

Si pemuda berjanji yang dia cuma memerlukan 15 minit untuk menghabiskan kerja meng-install. Si gadis yang begitu tak sabar telah menghulurkan kepalanya di hadapan laptop tersebut.

20 minit pun berlalu. Handphone tertinggal dekat rumah la pulak…Si gadis pun berlari ke kereta dan memberitahu ibunya untuk tunggu sebentar. Nasib baikla si ibu ni penyabar.

Si gadis kembali ke kedai tersebut. Si gadis menghidu niat jahanam si pemuda. Eh, bukan nak tuuuut la… Si pemuda dengan sengaja melengahkan kerja-kerja peng-install-an. Boleh la kan, si pemuda tanya suka main game tak, pastu double scan virus la *of course la virus sifar sebab baru ja format kot*, pastu yang paling tak boleh blah, dia saja-saja buka real player yang totally memang no point. Pastu dia delete something yang si gadis pun boleh buat sendiri kat rumah. Boleh pulak nak activate pelbagai benda masa tu jugak. Ha….kan.

Bukanla si gadis nak cakap yang si gadis ni hot sangat, tapi si pemuda tu memang meloyakan tekak. Dah hampir 45 minit, si gadis pun bergegas suruh si pemuda habiskan kerja tersebut. Si gadis pun berkejar-kejar simpan laptop ke dalam beg.

Tiba-tiba, si pemuda menghulurkan kad. “Call la bila-bila free.”

Si gadis yang kebingungan mengambil kad tersebut dan dengan sopannya mengucapkan terima kasih. Dalam hati, “Baaaaanyak chantek aku nak call kau. Mamang tak la

Bukan la si gadis nak bajet cool ke apa…tapi cara si pemuda tu memang tak macho langsung. Kalau ya pun, bagi la hadiah laptop baru sebiji..hehe.

P/S: Pekerja tak sopanlah kalau nak mengurat si pelanggan. Kalau dapat pelanggan yang “Awwww…dia syok kat aku…awwww…..awww…awww…aku hot ka? aku hot ka?” kira takda masalah la. Tapi kalau dapat orang yang “kepalahotaklu.awatyanghanggatalsangatni.” memang makan kuah la lu bro.

Advertisements